Masa Depan Gaza: Perkasa Potensi Belia

  • Home
  • Masa Depan Gaza: Perkasa Potensi Belia

Masa Depan Gaza: Perkasa Potensi Belia

ended

2 Donate
0.46 USD
0 %
Collected : 0.46 USD
Campaign Objective : 100000 USD

Ini adalah keadaan di Gaza sebelum 7 Oktober 2023 … sebelum Gaza berhadapan dengan peperangan yang dahsyat.

 

Ketika itu, terdapat lebih daripada 30,000 belia di Gaza yang bersemangat untuk menjadi generasi muda yang produktif, berbakat lagi bercita-cita tinggi.

Dengan menggunakan teknologi masa kini, generasi muda Gaza ini bekerja secara dalam talian dalam pelbagai bidang. Mereka menjadi pengaturcara komputer, pereka grafik, perunding pemasaran, akauntan dan pelbagai lagi jawatan profesional.

Sebahagian daripada mereka mempunyai kontrak dengan syarikat di luar Gaza. Manakala sebahagian yang lain merupakan perunding bebas yang memberikan perkhidmatan profesional melalui platform dalam talian.

Sejak hari pertama perang bermula, bekalan elektrik dan internet di Gaza sudah terputus. Apa yang berlaku kepada golongan muda professional ini?

Mereka hilang kontrak pekerjaan. Mereka tidak dapat meneruskan projek dengan syarikat di luar Gaza. Dan yang paling penting, mereka kehilangan sumber pendapatan. Selama beberapa bulan golongan muda ini tidak dapat bekerja.

Untuk kebanyakan belia ini, mereka adalah satu-satunya harapan keluarga. Mereka memikul tanggungjawab berat untuk menanggung keluarga dalam keadaan ekonomi Gaza yang mencabar kerana peperangan.

Oleh itu, timbul idea untuk mewujudkan initiatif TAQAT sebagai alternatif kepada bantuan kemanusiaan. TAQAT bermaksud kuasa.

Melalui initiatif TAQAT, kita memperkasa generasi muda di Gaza agar mereka dapat kembali semula ke alam pekerjaan dan seterusnya mereka berupaya untuk menanggung keluarga.

Dengan sokongan dermawan, setakat ini initiatif TAQAT telah berjaya memperkasa 60 orang belia untuk meneruskan perkhidmatan profesional mereka walau dalam keadaan yang mencabar di Gaza. TAQAT mengubungkan golongan muda ini dengan pasaran global dan Timur Tengah melalui platform dalam talian.

Tetapi kami tidak mahu initiatif TAQAT terhad setakat ini sahaja. Pada hari ini, terlalu ramai golongan muda di Gaza yang memerlukan pekerjaan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.

Justeru itu, sokongan anda adalah penting.

 Ia amat bermakna untuk golongan muda professional Gaza. Melalui sokongan anda, kami di TAQAT dapat:

1. Mengembangkan sistem tenaga di ruang kerja sedia ada yang terletak di bandar Deir al-Balah. Sistem tenaga tambahan ini dapat menampung keperluan tenaga untuk 40 orang pekerja baru. Ini menjadikan jumlah pekerja di ruang kerja sedia ada seramai 100 orang.

2. Menyewa dan melengkapkan ruang kerja yang kedua. Ruang kerja yang kedua ini dapat memuatkan 100 orang belia untuk tempoh 6 bulan, di mana kos ditanggung sepanjang tempoh tersebut.

3. Membangunkan Platform Pekerjaan TAQAT yang menjadi platform utama untuk menghubungkan tenaga muda profesional Gaza dengan pasaran global dan Timur Tengah.

Bagaimana wang derma anda akan digunakan:

1. Membeli 10 panel solar untuk sistem tenaga yang akan digunakan di ruang kerja sedia ada. Pembelian 10 panel solar ini berjumlah $10,000. Harga panel solar meningkat kerana peperangan. Sebelum perang, harga sebuah panel solar adalah $200, tetapi kini harganya melonjak kepada $1,000.

2. Membeli 4 bateri 200 amp untuk sistem tenaga yang akan digunakan di ruang kerja sedia ada. Pembelian 4 bateri 200 amp ini berjumlah $10,000. Harga terkini untuk sebuah bateri 200 amp adalah sekitar $1,400.

3. Membeli perabot pejabat tambahan berharga $5,000 untuk menampung 40 orang pekerja baru.

4. Menyewa ruang kerja yang kedua yang dapat memuatkan 100 orang pekerja. Jumlah sewa untuk ruang kerja yang kedua selama 6 bulan adalah $20,000. Kos sewa untuk bangunan di Gaza adalah tinggi buat masa sekarang kerana kebanyakan bangunan musnah akibat peperangan.

5. Memasang sistem tenaga solar di ruang kerja yang kedua. Sistem tenaga solar ini berharga $30,000.

6. Memasang peralatan internet di di ruang kerja yang kedua dan menampung bil internet di ruang kerja tersebut selama 6 bulan. Jumlaah perbelanjaan internet untuk tujuan ini adalah $4,500. Kos peralatan internet adalah $3700 dan kos langganan internet Fiber 500 adalah $300 sebulan.

7. Membeli perabot pejabat yang berharga $10,000 untuk 100 orang pekerja yang bakal bekerja di ruang kerja kedua.

8. Menampung perbelanjaan pengurusan dan perkhidmatan logistik untuk menguruskan ruang kerja kedua dengan kos sebanyak $6,000. Jumlah ini termasuklah upah untuk sukarelawan yang akan membersihkan dan menyiapkan ruang kerja yang kedua serta gaji untuk koordinator projek yang akan menguruskan ruang kerja kedua.

9. Membangunkan platform rangkaian khas untuk tenaga muda profesional Gaza dengan kos sebanyak $5,000.

10. Menyediakan wang simpanan untuk kerosakan dan kecemasan berjumlah $5,000.


 

Register as a volunteer
Register by contacting us +9700594295261